70 ribu pelajar SPM gaga mendapat sijil SPM?

 


70 ribu pelajar SPM gagal memperoleh sijil SPM?


Angela 70 ribu bukanlah satu angka yang kecil kerana jumlah ini boleh memenuhi beberapa stadium bola sepak yang terkenal di negara ini. Persoalannya, mengapakah masalah ini berlaku? Adakah disebabkan kelemahan guru mengajar? Kelemahan pelajar dalam memahami subjek-subjek tertentu? Cabaran pandemik yang melanda sebelum ini?


Kegagalan 70 ribu pelajar ini banyak dikaitkan dengan kegagalan mereka dalam dua subjek utama iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. Kedua-dua subjek ini perlu mendapat lulus untuk memperoleh sijil SPM. Dua subjek ini dijadikan sebegini sebagai usaha kerajaan untuk memastikan pelajar boleh berbicara dalam bahasa Melayu dengan baik dan memahami latar belakang sejarah negara. Namun, sama ada dua-dua subjek ini mampu mencapai objektifnya juga memerlukan satu kajian terperinci yang lain.


Ada juga pihak mengaitkan kegagalan dalam dua subjek ini disebabkan ketiadaan peperiksaan tingkatan 3 yang pernah dikenali dengan nama PMR dan SRP itu. Ketiadaan peperiksaan yang berpusat pada peringkat menengah rendah ini telah dikatakan menjejaskan fokus pelajar terhadap dua subjek teras itu. Sekali lagi, kajian yang terperinci perlu dibuat untuk memastikan dakwaan ini tepat. Hujah ini menarik kerana ketiadaan peperiksaan PT3 telah menyebabkan pelajar mungkin tidak dilatih untuk menghadapi peperiksaan lalu sikap ini berterusan sehingga tingkatan 4 atau 5.


Mungkin juga kegagalan dalam subjek BM disebabkan pandangan pelajar bahawa subjek ini subjek Bahasa lalu mudah untuk difahami dan dijawab dalam peperiksaan. Atau mereka melihat BM tidak ada kepentingan kerana mereka selalu berbicara dalam BM lalu rasa takut terhadap subjek itu seperti Fizik, Kimia dan Matematik sudah hilang.


Manakala, subjek Sejarah banyak disebabkan oleh ketebalan buku bersama-sama kandungan sejarah yang perlu dihafal (walaupun konsep ini sudah lama ditepis oleh pihak guru). Mungkin ketiadaan minat kerana pelajar melihat subjek ini tidak ada keperluan dalam usaha mereka menjadi seorang doktor atau jurutera itu.


Jumlah 70 ribu bukanlah satu angka yang kecil. Mungkin ada pihak yang akan cuba berhujah Bahawa ada 10 ribu lebih calon mendapat keputusan A dalam SPM tahun ini tetapi angka 70 ribu tetap menakutkan sesiapa sahaja yang melihatnya. 


Jadi, apakah inisiatif yang akan dibuat oleh kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan untuk mengekang kemelut ini daripada terus berlaku pada tahun depan.

70 ribu pelajar SPM gaga mendapat sijil SPM?

  70 ribu pelajar SPM gagal memperoleh sijil SPM? Angela 70 ribu bukanlah satu angka yang kecil kerana jumlah ini boleh memenuhi beberapa...