Lima teknik untuk terus menulis


Lima teknik yang saya gunakan untuk selalu menulis


Banyak pelajar saya mengalami masalah untuk menulis terutama penulisan untuk sekolah, kolej dan kemungkinan juga untuk buku mereka. Secara jujur, saya juga mengalami masalah untuk menulis. Sebagai penulis memang sukar untuk tidak mengalami perasaan tidak mahu menulis, tidak mempunyai idea untuk menulis dan pelbagai halangan lain.  Kesediaan untuk menulis bukanlah sesuatu yang boleh muncul secara sendiri tetapi perkara ini perlu dipaksa oleh seseorang. Maksudnya kita perlu mengambil beberapa tindakan yang membolehkan sesuatu karangan atau kandungan web itu dihasilkan dengan segera.


Buat saya untuk menulis sebarang penulisan terutama karangan bukanlah sesuatu yang sukar. Tugasa untuk menulis kandungan web untuk pelanggan juga tidak sesukar yang disangka oleh pembaca. Namun, pembaca perlu sedar bahawa saya sudah melakukan penulisan ini beberapa dekad yang lalu. Biasanya, inilah yang akan saya lakukan setiap kali saya mempunyai tugasan untuk menulis (sama ada karangan, kandungan web, e-buku dan sebagainya).


Untuk menjadi penulis yang produktif, pembaca perlulah mempunyai satu jadual yang tersendiri. Pastinya, banyak pembaca akan mengatakan bahawa mereka sudah banyak kali mendengar nasihat ini. Saya juga berpendapat sedemikian juga sehinggalah saya sendiri mengamalkannya. Hasilnya memang betul. Kita boleh menulis. Selalunya saya membiarkan awal pagi selepas bangun dari tidur untuk menulis sesuatu dalam ipad saya. (Saya pengguna tegar Ipad). Biasanya, setiap hari selepas bangun dari tidur saya akan menghasilkan 20-30 minit untuk menulis. Setiap hari. Jika ada pembaca yang mahu menjadi penulis, pastikan anda mempunyai satu jadual yang bersesuaian dengan diri untuk menulis setiap hari itu.


Kedua, saya selalunya mencari idea ketika menaiki LRT atau MRT. Saya sering menggunakan masa ketika berada dalam LRT atau MRT untuk mencari idea menulis. Usaha mencari idea untuk menulis merupakan satu aktiviti yang perlu dilakukan sepanjang masa oleh penulis. Sememangnya, idea untuk menulis ini juga kadang kala ditentukan oleh pelanggan tetapi sebagai penulis, kita boleh menjadikan idea pelanggan itu satu realiti maya dengan memikirkannya secara mendalam ketika berpeluang melakukannya. Banyak idea yang diperoleh ketika berada dalam LRT dan MRT itu akan saya catatkan dalam ipad sebagai rujukan apabila diperlukan. Banyak idea menulis dalam blog saya dicetuskan ketika berada dalam LRT dan MRT itu. Jadi, sebagai penulis kita perlu ada idea kasar atau bahan kasar untuk digunakan dalam sebarang penulisan. Kewujudan idea kadar ini akan memudahkan penulis untuk memulakan sesuatu penulisan itu tanpa menjejaskan produktiviti mereka. Gunakan masa ketika bersendiria, ketika memandu dan ketika berjogging di taman sebagai kaedah untuk mencari idea ini.


Ubah persekitaran menulis itu. Saya sering gunakan ipad kerana ipad mudah untuk dibaca lalu kafe kopi menjadi tempat lepak utama saya untuk menulis. Malah ketika menulis bahan ini juga saya sedang berada di dalam kafe kopi yang terkenal di Kuala Lumpur. Sebagai penulis, anda berpeluang untuk bekerja di mana-mana sahaja terutama di luar rumah. Gunakan persekitaran yang berbeza itu untuk memberikan satu lonjatan semangat untuk menulis. Suasana yang berbeza dari rumah boleh memberikan satu motivasi kepada sesiapa sahaja untuk menulis dalam hidup mereka.


Akhir sekali, saya selalu mengamalkan penulisan bebas. Maksudnya, setiap kali saya membuka ipad itu saya akan mula menaip tanpa memikirkan kesalahan ejaan dan sebagainya. Saya menulis berdasarkan pengaliran idea yang ada pada ketika itu. Amalan menulis sebegini menjadikan saya lebih mudah untuk menghasilkan pelbagai idea menulis selain menjadikan minda saya lebih jelas mengenai sesuatu topik itu. 


Sebenarnya, kita apabila menulis harus sedar bahawa pasti masalah ketandusan idea dan semangat untuk menaip itu akan berlaku. Jadi, amalan menulis secara bebas ini boleh memberikan satu suntikan semangat untuk pembaca cuba menghasilkan sesuatu dahulu. Kita perlu bertindak untuk melakukan sesuatu daripada duduk memikirkannya sahaja sehingga membuang masa begitu sahaja. Terus sahaja menulis.


No comments:

Post a Comment

70 ribu pelajar SPM gaga mendapat sijil SPM?

  70 ribu pelajar SPM gagal memperoleh sijil SPM? Angela 70 ribu bukanlah satu angka yang kecil kerana jumlah ini boleh memenuhi beberapa...